OBJEKTIF JABATAN
- Mengeluarkan Siswazah yang menghayati Akidah Islam dan memiliki ilmu yang bersepadu bagi memenuhi keperluan masyarakat masa kini.
- Menghasilkan penyelidikan mengenai Akidah dan Pemikiran Islam yang bermutu tinggi bagi tujuan peningkatan negara dan antarabangsa.
- Menghasilkan penerbitan yang berkualiti dalam bidang Akidah dan Pemikiran Islam yang diterima diperingkat negara dan antarabangsa.
- Memberi khidmat rundingan dan kepakaran dalam bidang Akidah dan Pemikiran Islam kepada Institusi-institusi dan masyarakat umum dalam hal-hal keIslaman.
- Menggalakkan perbincangan dan polemik ilmiah dalam bidang Akidah dan Pemikiran Islam bagi mewujudkan rangkaian dan jaringan intelektual Islam yang maju diperingkat kebangsaan dan antarabangsa.
- Memberi khidmat kepada masyarakat umum melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan.